Diantara sebahagian pendedahan keratan akhbar lepas yang sesuai untuk menjadi tatapan pembaca. Ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa kepentingan insuran pada masa kini, apatah lagi di zaman kos perubatan yang semakin naik. Semoga kita semua sedar akan kepentingan insuran dalam kehidupan. Ia kini merupakan suatu bentuk keperluan.
Blog ini merupakan blog peribadi yang memaparkan mengenai motivasi diri, Insuran, kewangan dan sebagainya. Digalakkan untuk tinggalkan komen yang membina dan bertukar link blog untuk menjadi followers. SHARE Information, SHARE Opinion.
Tuesday, July 21, 2015
Monday, July 20, 2015
Pelan Insuran Etiqa ( Pelan Suri )
Memperkenalkan produk suri yang sangat berbaloi dan komprehensif untuk kaum wanita. Dengan produk ini, setiap wanita tidak perlu risau mengenai masalah kesihatan di masa akan datang. Ini kerana, produk ini akan menjamin kewangan anda dan seisi keluarga sekiranya berlaku sebarang permasalahan kesihatan yang melibatkan kewangan. Produk ini merupakan pelan perlindungan komprehensif 4 dalam yang sesuai untuk kaum wanita.Untuk keterangan lebih lanjut, ulasan adalah seperti di bawah :
Sunday, July 19, 2015
Mengatasi Rasa Takut ( BHG 3 / Sakit Atau Tidak Sihat )
Rasa takut ini berkait rapat dengan rasa
takut yang berikutnya, iaitu takut akan kematian, tetapi pertumbuhannya lebih
banyak bergantung pada kebiasaan atau tabiat. Anda mungkin memilikki rasa takut
ini hanya dengan membesar dalam lingkungan orang lain yang berkongsi perasaan
ini.
Perasaan ini juga boleh menghalang anda daripada mengambil risiko, dan
kehadirannya boleh menyebabkan situasi yang anda takutkan itu betul-betul
berlaku.
Ingat bahawa apa saja yang minda anda boleh
fikirkan dan percaya, ia boleh mencapainya, sama ada untuk menimbulkan penyakit
ataupun mengekalkan kesihatan. Norman Cousins menunjukkan kuasa ketawa dalam
menyembuhkan orang sakit, termasuk dirinya sendiri.
Wednesday, July 15, 2015
Mengatasi Rasa Takut (BHG 2 / Kritikan )
Takut
kepada kritikan boleh menjejaskan anda secara remeh-temeh atau serius. Ia boleh
menyebabkan anda membeli fesyen terkini, kereta paling istimewa, sistem audio stereo
yang paling canggih kerana anda takut ketinggalan zaman dan takut tidak seiring
dengan apa yang “semua orang” lakukan.
Lebih berbahaya lagi, ia boleh
menghalang anda daripada menyampaikan atau bertindak berdasarkan idea-idea yang
revolusional, idea yang boleh memberikan anda kebebasan. Ia merampas
keindividualan anda dan kepercayaan pada diri anda sendiri.
Tuesday, July 14, 2015
Mengatasi Rasa Takut (BHG 1 / Kemiskinan )
Bahagian penting membuka minda anda kepada
kepercayaan ialah menghapuskan rasa takut dalam minda anda yang membatasi
kepercayaan anda. Terdapat tujuh rasa
takut yang asas.
Hampir semua orang mengalami sekurang-kurangnya satu rasa
takut ini. Sesetengah daripada kita mengalami kesemuanya. Di bawah ini ialah
tujuh rasa takut tersebut, bagaimana anda dapat mengenali kehadirannya dalam
hidup anda, dan bagaimana anda dapat melenyapkannya.
Diantara senarai rasa takut yang dimaksudkan ialah :
a) Kemiskinan
b) Kritikkan
c) Sakit Atau Tidak Sihat
d) Kehilangan Kasih Sayang
e) Usia Tua
f) Kehilangan Kebebasan
g) Kematian
Friday, July 10, 2015
Merancang Wang Anda
Seperti masa, wang mesti dibelanjakan dengan tujuan yang pasti dalam fikiran anda. Anda mesti membuat belanjawan untuk semua perbelanjaan anda, dan anda mesti menggunakan displin diri untuk mematuhi belanjawan tersebut. Keutamaan anda dalam mana-mana belanjawan ialah menguntukkan peratusan yang tetap daripada pendapatan anda sebagai tabungan.
Peraturannya adalah “bayar diri anda dahulu”. Tabungan yang kukuh dan semakin
bertambah merupakan senjata penting dalam melawan rasa takut terhadap
kemiskinan. Jika anda ditimpa kesusahan atau keadaan yang tidak sihat, tabungan
yang mencukupi akan membolehkan anda mula mencari hikmah di sebalik kejadian
itu dengan segera. Anda tidak akan cemas tentang bayaran gadai janji, dan anda
akan pulih dengan lebih cepat.
Pastikan anda mempunyai insuran nyawa yang
mencukupi jika orang lain bergantung kepada anda. Kos sebuah polisi yang baik
adalah berbaloi dengan penderitaan yang dapat anda elakkan daripada ditanggung
oleh orang-orangyang bergantung kepada anda.
Capailah Peluang
“jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan berkata bahawa anda tidak pernah mendapat peluang”
Orang yang paling kuat mengadu bahawa mereka
tidak pernah mendapat peluang dalam hidup ini biasanya merupakan mereka yang
sentiasa mempunyai alasan apabila menghadapi kegagalan.
Semuanya bukan salah
mereka, mereka mangsa keadaan, mangsa alam sekeliling, mangsa pendidikan yang
tidak mencukupi, dan segala macam alasan yang mereka lihat sebagai punca
kegagalan diri mereka. Jika anda teliti, anda akan sentiasa menemui sebab untuk
tidak,mengusahakan sesuatu atau tidak menjalankan tugas sehingga selesai.
Friday, July 3, 2015
Daya Minda Separa Sedar (Bahagian 2)
Ini adalah sambungan dari petikan Daya Minda SeparaSedar (Bahagian 1)
yang telahpun saya definisikan sebelum ini.
Baiklah, kini adalah penjelasan lanjut mengenai minda separa sedar tersebut.
Minda separa sedar menerima sebarang imej
yang dipindahkan kepadanya oleh minda sedar akibat emosi yang kuat. Bayangkan
kedua-duanya sebagai sebuah kamera. Minda sedar bertindak sebagai lensa,
menumpukan imej yang anda ingini dan membawanya kepada satu titik pada filem
minda separa sedar. Mendapatkan gambar yang baik dengan kamera ini adalah sama
dengan kamera yang lain,iaitu fokusnya mestilah tajam, mesti ada dedahan cahaya
yang baik dan pemasanya mestilah betul.
Daya Minda Separa Sedar (Bahagian 1)
Salam semua pembaca blog, tahukah anda mengenai minda separa sedar yang terdapat fikiran setiap kita yang bergelar manusia. Disini akan saya perjelaskan serba sedikit mengenai keunikan minda ini dalam setiap fikiran kita.
Sebarang idea yang mendominasi, rancangan
atau tujuan yang tersimpan dalam minda separa sedar anda melalui usaha yang
berulang-ulang dan diemosikan oleh keinginan yang membara untuk mencapainya
telah diambil alih orang minda separa sedar dan bertindak mengikut apa saja
cara semula jadi dan logik yang mungkin ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)