Sunday, July 19, 2015

Mengatasi Rasa Takut ( BHG 3 / Sakit Atau Tidak Sihat )







Rasa takut ini berkait rapat dengan rasa takut yang berikutnya, iaitu takut akan kematian, tetapi pertumbuhannya lebih banyak bergantung pada kebiasaan atau tabiat. Anda mungkin memilikki rasa takut ini hanya dengan membesar dalam lingkungan orang lain yang berkongsi perasaan ini. 

Perasaan ini juga boleh menghalang anda daripada mengambil risiko, dan kehadirannya boleh menyebabkan situasi yang anda takutkan itu betul-betul berlaku.

Ingat bahawa apa saja yang minda anda boleh fikirkan dan percaya, ia boleh mencapainya, sama ada untuk menimbulkan penyakit ataupun mengekalkan kesihatan. Norman Cousins menunjukkan kuasa ketawa dalam menyembuhkan orang sakit, termasuk dirinya sendiri. 







Anda mahu daya minda anda tertumpu pada usaha mengekalkan kesihatan anda, tetapi sesetengah tabiat menunjukkan kesihatan anda, tetapi sesetengah tabiat menunjukkan keabdian anda pada perasaan takut akan keadaan tidak sihat atau sakit. Anda mesti menyingkirkan tabiat ini. 


Tabiat berkunjung ke kedai ubat. Adakah anda berkejar ke farmasi setiap kali ada iklan baru tentang ubat untuk menyembuhkan semua penyakit ? Pernahkah anda memakan berbakul-bakul bawang putih, ginseng, dan oat bran ? 

Menjaga kesihatan adalah penting, tetapi terlalu mengharapkan ubat-ubatan menyebabkan anda lupa bahawa sikap mental anda sendiri terhadap kesihatan anda ialah faktor yang paling penting bagi mengekalkan kesihatan anda.




Tabiat mengasihani diri sendiri. Adakah rasa sakit dan tidak selesa sedikitpun menyebabkan anda berasa di atas katil? Adakah sesetengah alasan anda untuk tidak bertindak? Hidup dalam keadaan itu, pasrah kepadanya dan anda akan musnah. Ini merupakan halangan yang perlu diatasi, dan mungkin memerlukan usaha untuk mengatasinya. 

Tetapi setiap kemahiran yang anda bina untuk mengatasi keadaan anda akan membantu anda sepanjang rancangan anda untuk mencapai kejayaan.
Tabiat menyalahgunakan bahan. Ia mungkin merupakan minuman keras ataupun dadah. Tetapi ia digunakan hanya untuk menyembunyikan rasa takut anda terhadap sesetengah kesakitan mental dan fizikal. 

Anda mesti mencari punca kesakitan itu dan menanganinya. Proses ini akan memakan masa, tetapi setiap langkah kemajuan yang anda capai dalam mengatasi rasa takut anda yang lain tetapi juga tidak mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga anda untuk mencapai kejayaan.




Mengatasi rasa takut anda terhadap keadaan tidak sihat akan mendatangkan hasil konkrit yang benar-benar menakjubkan dalam banyak cara. Anda, keluarga anda, rakan anda, dan cita-cita anda, semuanya akan menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment