Wednesday, July 15, 2015

Mengatasi Rasa Takut (BHG 2 / Kritikan )





Takut kepada kritikan boleh menjejaskan anda secara remeh-temeh atau serius. Ia boleh menyebabkan anda membeli fesyen terkini, kereta paling istimewa, sistem audio stereo yang paling canggih kerana anda takut ketinggalan zaman dan takut tidak seiring dengan apa yang “semua orang” lakukan. 




Lebih berbahaya lagi, ia boleh menghalang anda daripada menyampaikan atau bertindak berdasarkan idea-idea yang revolusional, idea yang boleh memberikan anda kebebasan. Ia merampas keindividualan anda dan kepercayaan pada diri anda sendiri.







Berikut ialah tanda-tanda rasa takut terhadap kritikan yang paling ketara dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyingkirkan perasaan tersebut.


Menandingi Jiran. Cuba menjaga kedudukan sebagai orang yang paling moden dan paling mewahdi kawasan sejiran anda boleh memincangkan and, baik dari aspek kewangan mahupun emosi. Belilah apa yang anda perlukan sahaja, dan gunakan sumber fizikal dan mental anda untuk tujuan lain.



Mengah-gahkan pencapaian anda. Anda bertindak begini untuk melindungi rasa rendah diri. Anda meniru kejayaan dan bukannya mencapainya. Tidak salah jika tujuan utama anda yang pasti termasuk pengiktirafan komuniti, tetapi jika anda mendapat pengiktirafan yang palsu , anda akan sentiasa dihantui oleh kemungkinan perkara yang sebenarnya diketahui dan anda dianggap sebagai penipu. Berbanggalah dengan apa yang sebenarnya anda capai, dan ingat bahawa akan tiba masanya pencapaian anda akan manonjolkan diri anda.



Mudah merasa malu. Ini menyebabkan anda tidak dapat membuat keputusan yang tegas, takut berjumpa orang lain, dan kurang keyakinan diri. Tanamkan tekad bahawa apa jua yang anda lakukan untuk mencapai tujuan yang pasti adalah wajar. Ingat bagaimana jiran-jiran mentertawakan walter P.Chrysler, dan bagaimana singkat dan kosongnya ketawa itu.


Takut akan kritikan ialah rasa takut yang biasa. Jika anda membiarkannya, ia akan melemahkan inisiatif dan imaginasi anda. Tetapi setiap satu langkah yang anda ambil untuk menjauhkan diri daripadanya, ia akan menjauhkan diri dua langkah daripada anda. Sebaik sahaja anda memulakan perjalanan anda,segalanya akan bertambah mudah dari hari ke hari.

No comments:

Post a Comment