Tuesday, July 14, 2015

Mengatasi Rasa Takut (BHG 1 / Kemiskinan )






Bahagian penting membuka minda anda kepada kepercayaan ialah menghapuskan rasa takut dalam minda anda yang membatasi kepercayaan  anda. Terdapat tujuh rasa takut yang asas. 


Hampir semua orang mengalami sekurang-kurangnya satu rasa takut ini. Sesetengah daripada kita mengalami kesemuanya. Di bawah ini ialah tujuh rasa takut tersebut, bagaimana anda dapat mengenali kehadirannya dalam hidup anda, dan bagaimana anda dapat melenyapkannya.


Diantara senarai rasa takut yang dimaksudkan ialah :


a) Kemiskinan

b) Kritikkan

c) Sakit Atau Tidak Sihat

d) Kehilangan Kasih Sayang

e) Usia Tua

f) Kehilangan Kebebasan

g) Kematian





Kemiskinan


Ini merupakan rasa takut yang paling membinasakan daripada tujuh rasa takut yang asas, dan paling sukar untuk dikawal kerana ia membawa terlalu banyak penderitaan dan kesengsaraan. Kebanyakkan rasa takut terhadap kemiskinan datang daripada pengalaman pahit kita ketika berurusan dengan orang lain yang terbukti tidak boleh dipercayai dan sanggup mengekploitasikan kita demi kepentingan mereka.


Jika anda membenci kemiskinan dan berazam untuk menghapuskannya, analisis diri anda sepenuhnya untuk mengesan tanda-tanda rasa takut ini. Kemudian tumpukan minda anda pada pengganti tabiat-tabiat negatif yang ditimbulkan oleh rasa takut ini.


Kekurangan cita-cita. Adakah anda menerima apa saja takdir dalam hidup anda tanpa berusaha untuk mengubahnya ? adakah anda malas dari segi  fizikal dan mental ? jadi, tanamkanlah satu cita-cita yang positif dan berdaya pendorong untuk menghapuskan tanda-tanda rasa takut terhadap kemiskinan ini.



Gagal membuat keputusan anda sendiri. Adakah orang lain menentukan segala-galanya yang berlaku dalam hidup anda ? jangan sia-siakan anugerah Tuhan yang paling berharga! Buatlah keputusan sendiri dan jadilah penentu nasib sendiri.


Memberi alasan kerana kegagalan anda. Adakah anda membuat alasan kerana kekurangan pencapaian anda? Adakah anda iri hati dan mengkritik kejayaan orang lain ? terimalah hakikat bahawa hanya anda yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada diri anda.


Sikap mental yang negatif. Inilah kelemahan paling besar yang ditimbulkan oleh rasa takut terhadap kemiskinan, dan ia boleh merangkumi semua kelemahan yang lain. Buang sikap pesimistik, harapkan semuanya akan berjalan lancar mengikut kehendak anda, dan bertindaklah sewajarnya, jangan menangguhkan kerja, mengelakkan tanggungjawab, atau hidup di luar kemampuan anda. 


Sebaliknya, berusahalah untuk menjadikan hidup anda lebih baik dan pastinya ia kan menjadi kenyataan.

Membina kepastian tujuan ialah langkah pertama ke arah menggantikan sikap mental yang negatif dengan yang positif. Ketahuilah apa yang anda inginkan dan carilah ia setiap masa. Tetapkan satu matlamat yang tinggi, percaya bahawa anda kan mencapainya dengan pertolongan Tuhan dan anda akan meninggalkan rasa takut terhadap kemiskinan jauh di belakang.
 
Bersambung... 

No comments:

Post a Comment