Seperti masa, wang mesti dibelanjakan dengan tujuan yang pasti dalam fikiran anda. Anda mesti membuat belanjawan untuk semua perbelanjaan anda, dan anda mesti menggunakan displin diri untuk mematuhi belanjawan tersebut. Keutamaan anda dalam mana-mana belanjawan ialah menguntukkan peratusan yang tetap daripada pendapatan anda sebagai tabungan.
Peraturannya adalah “bayar diri anda dahulu”. Tabungan yang kukuh dan semakin
bertambah merupakan senjata penting dalam melawan rasa takut terhadap
kemiskinan. Jika anda ditimpa kesusahan atau keadaan yang tidak sihat, tabungan
yang mencukupi akan membolehkan anda mula mencari hikmah di sebalik kejadian
itu dengan segera. Anda tidak akan cemas tentang bayaran gadai janji, dan anda
akan pulih dengan lebih cepat.
Pastikan anda mempunyai insuran nyawa yang
mencukupi jika orang lain bergantung kepada anda. Kos sebuah polisi yang baik
adalah berbaloi dengan penderitaan yang dapat anda elakkan daripada ditanggung
oleh orang-orangyang bergantung kepada anda.
Kematian anda secara tiba-tiba
sudah cukup menyedihkan mereka, janganlah diperitkan lagi dengan bebanan
kewangan yang perlu mereka tanggung.
Peruntukkan sebahagian daripada pendapatan
anda untuk amal jariah. Ini merupakan bahagian kerja lebih yang penting. Semoga
anda tidak perlu bergantung pada mana-mana badan amal untuk membantu anda,
tetapi apakah hak anda untuk menerima bantuan orang lain jka anda sendiri tidak
pernah menghulurkan bantuan kepada orang lain.
Jika anda berhutang, anda perlu membelanjakan
sebanyak yang anda mampu secara realistiknya untuk menjelaskan hutang tersebut.
Jangan beritahu diri anda sendiri bahawa anda hanya memerlukan RM50 untuk
berbelanja seminggu sedangkan anda membelanjakan RM100, kerana sebaik sahaja
anda membelanjakan ringgit yang kelima puluh satu anda akan memutuskan bahawa
anda sudah pun menghabiskan peruntukan belanja anda, jadi baiklah menghabiskan
kesemuanya.
Situasi ini bagaikan sebuah cerun yang licin.
Jangan pula memotong
peruntukkan simpanan anda untuk membayar hutang. Jadikan menabung sebagai satu
tabiat. Dan jangan sesekali menghentikan tabiat yang baik.
Sebaik sahaja hutang anda sudah diselesaikan,
bahagikan wang yang anda gunakan utnuk membayar hutang itu untuk tabungan dan
perbelanjaan am rumah serta hiburan.
Anda mahu memupuk tabiat menambahkan
tabungan anda apabila pendapatan anda meningkat, tetapi anda juga perlu memberi
ganjaran serta merta kepada diri sendiri kerana melakukan kerja anda.
Anda mungkin mendapati bahawa timbul keadaan
keadaan yang anda tidak membuat peruntukkan belanja untuk menghadapinya.
Mungkin berlaku kecemasan kesihatan, bakal menyambut kelahiran bayi baru, atau
ibu bapa memerlukan pertolongan.
Jangan biarkan keadaan ini menjatuhkan anda.
Dngan mewujudkan dan mengikut belanjawan anda, anda telah meningkatkan tabiat
displin diri anda. Anda juga telah belajar membelanjakan wang anda mengikut
tujuan anda. Anda pernah melakukannya dan anda boleh melakukannya sekali lagi.
Tabiat merupakan bahagian penting dalam
merancang masa dan wang anda. Tabiat penting kepada setiap prinsip dalam sains
pencapaian peribadi, malah tabiat merupakan kunci kepada semua pencapaian
peribadi.
No comments:
Post a Comment