Friday, July 10, 2015

Capailah Peluang





“jika anda tidak tahu apa yang anda inginkan, jangan berkata bahawa anda tidak pernah mendapat peluang”

Orang yang paling kuat mengadu bahawa mereka tidak pernah mendapat peluang dalam hidup ini biasanya merupakan mereka yang sentiasa mempunyai alasan apabila menghadapi kegagalan. 

Semuanya bukan salah mereka, mereka mangsa keadaan, mangsa alam sekeliling, mangsa pendidikan yang tidak mencukupi, dan segala macam alasan yang mereka lihat sebagai punca kegagalan diri mereka. Jika anda teliti, anda akan sentiasa menemui sebab untuk tidak,mengusahakan sesuatu atau tidak menjalankan tugas sehingga selesai. 


 







Orang yang berjaya itu bukan orang yang gemar memberikan alasan. Mereka bertanggungjawab terhadap tindakan mereka, mereka menetapkan matlamat mereka, dan mereka bertanggungjawab terhadap pencapaian mereka. 




Ketika orang lain melihat dengan perasaan putus asa, mereka melihat dengan harapan. Mereka mendekati setiap keadaan dengan semangat ghairah, menyakini tiada apa yang mustahil bagi mereka yang mempunyai Sikap Mental Positif.


No comments:

Post a Comment