Friday, July 3, 2015

Daya Minda Separa Sedar (Bahagian 2)



Ini adalah sambungan dari petikan Daya Minda SeparaSedar (Bahagian 1)
yang telahpun saya definisikan sebelum ini. Baiklah, kini adalah penjelasan lanjut mengenai minda separa sedar tersebut.

Minda separa sedar menerima sebarang imej yang dipindahkan kepadanya oleh minda sedar akibat emosi yang kuat. Bayangkan kedua-duanya sebagai sebuah kamera. Minda sedar bertindak sebagai lensa, menumpukan imej yang anda ingini dan membawanya kepada satu titik pada filem minda separa sedar. Mendapatkan gambar yang baik dengan kamera ini adalah sama dengan kamera yang lain,iaitu fokusnya mestilah tajam, mesti ada dedahan cahaya yang baik dan pemasanya mestilah betul.





Fokus yang betul memerlukan definisi tujuan yang jelas. Komposisi gambar mestilah dilakukan dengan teliti dan kepersisan. Anda memutuskan apa yang hendak dimasukkan di dalam bingkai. Pemasaan yang betul ditentukan oleh keamatan keinginan anda pada saat dedahan cahaya. Jurugambar yang berpengalaman jarang mengambil satu gambar sahaja bagi imej yang penting. Mereka akan mengambilnya berulang kali sehingga mendapat gambar yang mereka mahu. 




Jenis pendedahan minda separa sedar yang berulang-ulang seperti ini pada imej yang anda inginkan adalah sangat penting. Anda mesti mengulangi proses tersebut berulang kali sehingga anda berjaya memindahkan imej tepat yang anda kehendaki ke dalam minda separa sedar anda.

Jangan takut anda akan menjadi terlalu emosi apabila anda menekankan imej pada minda separa sedar anda. Sekiranya tujuan anda benar-benar wajar, anda tidak perlu takut akan saranan kendiri seperti ini. Keamatan yang anda gunakan untuk menekankan minda separa sedar anda dengan gambar rancangan anda secara langsung akan memberi kesan kepada kelajuan minda separa sedar anda menjalankan tugas untuk menarik bahagian-bahagian fizikal gambaran itu dengan memberikan inspirasi kepada anda untuk mengambil langkah-langkah yang betul.



Baiklah, itulah ulasan bagi tajuk ‘Daya Minda Separa Sedar’ yang mana saya sampaikan dari bahagian satu dan dua.

No comments:

Post a Comment