Friday, July 3, 2015

Daya Minda Separa Sedar (Bahagian 1)







Salam semua pembaca blog, tahukah anda mengenai minda separa sedar yang terdapat fikiran setiap kita yang bergelar manusia. Disini akan saya perjelaskan serba sedikit mengenai keunikan minda ini dalam setiap fikiran kita. 

Sebarang idea yang mendominasi, rancangan atau tujuan yang tersimpan dalam minda separa sedar anda melalui usaha yang berulang-ulang dan diemosikan oleh keinginan yang membara untuk mencapainya telah diambil alih orang minda separa sedar dan bertindak mengikut apa saja cara semula jadi dan logik yang mungkin ada.


 




Satu – satunya perkara yang anda mempunyai hak kawalan sepenuhnya pada setiap masa adalah sikap mental anda. “Hak kawalan” bermakna anda boleh mengawalnya. Ia tidak bermakna bahawa memang anda yang mengawalnya. Anda mesti belajar untuk menggunakan hak ini sebagai satu tabiat.

Minda sedar ialah dimana taakulan dan pemikiran berlaku. Ia menganalisis maklumat dan data, dan ia bertindak sebagai penjaga ambang pintu kepada minda separa sedar. Minda sedar berkembang hasil daripada pengalaman.

Minda separa sedar tidak berfikir, menaakul atau membuat pertimbangan. Ia bertindak mengikut dorongan naluri sebagai gerak balas kepada emosi asas. Perbezaan pada manusia disebabkan oleh cara mereka melatih minda sedar mereka, dari segi minda separa sedar kita semua adalah sama.

No comments:

Post a Comment