Apabila anda telah benar-benar berjaya
mengawal diri anda, anda boleh menjadi pemimpin kepada diri anda
Kita semua pernah mengalami ketika di mana
kitamembenarkan orang lain menyebabkan kita bertindak secara emosional,
terutamanya dengan memarahi mereka. Seringkali, kita menyesali perbuatan kita
itu kemudiannya, kita akan bersumpah tidak akan membenarkan diri kita melakukan
perbuatan itu lagi.
Setiap kali anda berasa ingin marah, ingatkan diri anda
bahawa tiada siapa yang dapat menjadikan anda marah atau bersifat emosional
tanpa persetujuan daripada diri anda sendiri-sesunguhnya penyertaan diri anda
secara aktif amat diperlukan.
Mereka yang belajar menguruskan diri mereka
sendiri merupakan individu yang ditakdirkan menjadi pemimpin. Mereka telah
dipilih untuk menguruskan orang lain kerana mereka telah mempamerkan bahawa
mereka dapt mengurus dan mengawal diri mereka sendiri. Mereka adalah individu
yang berwibawa.
No comments:
Post a Comment