Menghormati diri sendiri adalah cara
terbaik untuk membuatkan orang lain menghormati anda
Adakah anda mengenali sesiapa yang tidak
dapat berdiri sendiri pada setiap masa ? Mereka ini tidak begitu menggemari
diri mereka sendiri. Mereka memerlukan orang di sekeliling mereka setiap masa
untuk menyatakan kewujudan mereka.
Malangnya, mereka amat memerlukan orang
lain itu biasanya tidak digemari oleh orang lain. Oleh kerana mereka tidak
menggemari diri mereka sendiri, maka orang lain pun begitu juga. Jalan yang
paling pasti untuk membuatkan orang lain menghormati anda ialah dengan
menjadikan diri anda individu yang anda gemari.
Kenal pasti sifat-sifat peribadi yang anda
sanjungi dalam diri orang lain dan berusahalah sendiri mengembangkannya. Rasa
hormat pada diri anda sendiri akan mula berkembang pada ketika anda membuat
keputusan untuk menjadi individu yang ingin anda jadi.
No comments:
Post a Comment