Wednesday, August 19, 2015

Pengurusan Masa Yang Sesuai









Pengurusan masa menjadikan setiap ketika itu efektif dengan memfokus secara betul dan membahagikan tenaga anda dengan memikirkan tentang masa yang lepas dan yang akan datang. Bagaimanapun, masih penting untuk meletakkan yang lampau, masa kini, akan datang dalam perspektif. Ia penting bagi perancangan dan pengutamaan. 

Dengan cara ini, anda boleh menentukan tugasan dalam konteks yang betul. Ini akan menampakkan seperti ia teratur, mempunyai struktur dan terjamin untuk mereka yang bergantung kepada kemahiran pengurusan masa anda.


Monday, August 10, 2015

Peningkatan Produktiviti Sendiri



“Cari jalan bagaimana hendak meningkatkan produktiviti dan ia akan membolehkan anda mendapat upah yang lebih baik”

Adalah menjadi kebiasaan bahawa orang yang mengetahui bagaimana hendak meningkatkan produktiviti dalam sesuatu kerjaya ialah orang yang mempraktikkan kerjaya itu atau orang yang menjawat jawatan itu sendiri. 

Tetapi kenapakah kita seringkali enggan memberikan cadangan untuk meningkatkan produktiviti dalam kerjaya kita? Ini mungkin disebabkan kita mempunyai matlamat lain di luar kerjaya kita, iaitu untuk menjawat jawatan lain yang lebih baik


Wednesday, August 5, 2015

Bekerja Lebih Untuk Mendapat Manfaat





“Dua golongan manusia yang tidak akan maju. Pertama apabila disuruh, kedua enggan melakukan kerja yang disuruh”

Adalah sukar untuk mengatakan yang mana satu lebih buruk, melompat dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan yang lain kerana anda sering merasa tidak bersemangat untuk bekerja atau kekal melakukan kerja yang sama. 




Keadaan pertama terhasil kerana anda tidak melakukan apa yang diarahkan dan keadaan yang kedua terhasil kerana anda hanya melakukan apa yang diarahkan sahaja. Anda mungkin selesa dengan mana-mana satu keadaan ini tetapi anda tidak akan maju ke hadapan.