Wednesday, August 5, 2015

Bekerja Lebih Untuk Mendapat Manfaat





“Dua golongan manusia yang tidak akan maju. Pertama apabila disuruh, kedua enggan melakukan kerja yang disuruh”

Adalah sukar untuk mengatakan yang mana satu lebih buruk, melompat dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan yang lain kerana anda sering merasa tidak bersemangat untuk bekerja atau kekal melakukan kerja yang sama. 




Keadaan pertama terhasil kerana anda tidak melakukan apa yang diarahkan dan keadaan yang kedua terhasil kerana anda hanya melakukan apa yang diarahkan sahaja. Anda mungkin selesa dengan mana-mana satu keadaan ini tetapi anda tidak akan maju ke hadapan. 







Inisiatif peribadi amat penting dalam kerjaya di zaman moden berbanding zaman dahulu, di mana kemampuan mengikut arahan merupakan suatu kemahiran yang amat kritikal. Oleh kerana teknologi telah menjadi banyak fungsi pemantauan menjadi usang, kita diharapkan dapat melakukan kerja tanpa pengawasan dan pemantauan, menentukan apa yang perlu dilakukan dan terus melakukannya.Jangan tunggu sehingga diarah. 



Kenalilah organisasi dan kerjaya anda dengan baik supaya anda dapat mengagak apa  yang perlu anda lakukan- kemudian terus melakukannya.

No comments:

Post a Comment