Monday, August 10, 2015

Peningkatan Produktiviti Sendiri



“Cari jalan bagaimana hendak meningkatkan produktiviti dan ia akan membolehkan anda mendapat upah yang lebih baik”

Adalah menjadi kebiasaan bahawa orang yang mengetahui bagaimana hendak meningkatkan produktiviti dalam sesuatu kerjaya ialah orang yang mempraktikkan kerjaya itu atau orang yang menjawat jawatan itu sendiri. 

Tetapi kenapakah kita seringkali enggan memberikan cadangan untuk meningkatkan produktiviti dalam kerjaya kita? Ini mungkin disebabkan kita mempunyai matlamat lain di luar kerjaya kita, iaitu untuk menjawat jawatan lain yang lebih baik



 
Walau bagaimanapun, jika anda menemui jalan untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik, atau lebih murah, anda sebenarnya meningkatkan nilai diri anda di mata majikan. 

Anda akan diminta untuk menyertai sesi perancangan dan mesyuarat kualiti kerana anda telah mempamerkan bahawa anda mengetahui bagaimana hendak melakukan sesuatu kerja dengan lebih efisyen. Anda pastinya akan dinaikkan pangkat, kerana anda akan menjadi salah seorang pekerja yang amat bernilai kepada syarikat atau sesuatu organisasi.

No comments:

Post a Comment