Pengurusan
masa menjadikan setiap ketika itu efektif dengan memfokus secara betul dan
membahagikan tenaga anda dengan memikirkan tentang masa yang lepas dan yang
akan datang. Bagaimanapun, masih penting untuk meletakkan yang lampau, masa
kini, akan datang dalam perspektif. Ia penting bagi perancangan dan
pengutamaan.
Dengan cara ini, anda boleh menentukan tugasan dalam konteks yang
betul. Ini akan menampakkan seperti ia teratur, mempunyai struktur dan terjamin
untuk mereka yang bergantung kepada kemahiran pengurusan masa anda.
Dalam
kerjaya kita, masa ialah sesuatu yang semakin banyak dituntut. Begitu banyak
peralatan yang menawarkan akses segera kepada maklumat dan kepada satu sama
lain, dengan ideanya ialah lebih banyak masa akan terluang untuk meningkatkan
kecekapkan dan produktiviti.
Diantara
beberapa langkah cadangan adalah :
- Mengaudit masa
Sangat berguna untuk mengaudit masa kehidupan anda. Audit
keseimbangan di tempat kerja, kehidupan peribadi, bersama keluarga,, kewajipan,
keseronokkan yang mana mendefinisikan kehidupan diri anda. Adakah anda
mendapati yang anda telah memenuhi segala keperluan anda tadi sebaiknya ? Tanya
diri anda.
- Lakukan penyesuaian
Bersedia membuat pilihan
-membuat pilihan dalam pengurusan masa adalah suatu
perjuangan yang perlu dilalui dan anda perlu bersedia dengan pilihan yang anda
perlu buat. Ini berkaitan dengan keseimbangan kehidupan anda. Terdapat banyak
pilihan yang perlu anda teliti dengan betul.
- Rancang untuk masa yang terbuang
Telitilah jadual anda dan lihat kesan kelewatan yang tidak
dijangka dan bagaimana ia menjejaskan selebihnya hari anda atau minggu anda.
Masa yang terkumpul selama satu tempoh mencipta impak yang besar yang mana
mengejutkan untuk masa yang tersedia untuk aktiviti lain. Anda menambah kepada
masa negative. Amat berguna untuk merancang poket masa dalam hari anda supaya
ia boleh disesuaikan. Dengan cara ini, keadaan boleh dipulihkan.
- Bersedia untuk mengubah tabiat tingkah laku
Teliti corak yang menyifatkan penggunaan masa anda. Semua ini
mengambil masa mungkin tidak mampu untuk luangkan, namun ianya amatlah berguna
kepada diri anda. Jujurlah tentang berapa lama sesuatu tugasa itu boleh
disiapkan. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak mungkin tercapai atau
tergendala dalam proses. Cuba untuk bekerja dengan falsafah pengurusan masa.
- Mengutamakan dan merancang dahulu
Teliti beban kerja anda jika tugasan menjadi satu isu. Dan
kategorikan tugasan anda yang penting kepada peranan keseluruhan anda, yang
akan memanfaatkan peranan anda tetapi bukan menjadi yang utama, dan lain-lain
perkara yang anda lakukan mungkin anda bagus tetapi di luar bidang
tanggungjawab anda.
Perancangan itu sangat penting. Bersedia dengan tekanan
berkaitan dengan masa. Kesedaran mesti datang sebelum tindakan.
No comments:
Post a Comment